Ekelas Subjek Matematik Tingkatan 3
10 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 9 Mac 2019 Sabtu yang lepas, seramai 4 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 telah menghadiri kelas Subjek Matematik yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Krokong. Kelas tersebut bermula pada pukul 03:20 petang dan berakhir pada pukul 04:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Para pelajar berpeluang berinteraksi dengan guru dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam subjek Matematik melalui latihan berkumpulan yang diberikan oleh guru.
Dalam eKelas ini, para pelajar belajar menggunakan eCikgu dan juga learning port yang terdapat dalam portal Maxis eKelas iaitu ekelas.com.my. Selain itu, para pelajar juga menjalankan aktiviti dan tugasan secara berkumpulan dan perlu memuat naik tugasan tersebut ke dalam portal eKelas untuk dinilai oleh guru-guru bagi matapelajaran tersebut.
Terima kasih kepada pelajar yang terlibat.Diharap pembelajaran ini akan lebih membantu pelajar dengan menambah ilmu pengetahuan dan akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: